NAMA | NO. MATRIK |
AQLAN SYAHMI BIN SUFIAN | D20231108600 |
AIZAN BIN BALUA | D20231108606 |
ABDUL ALIF LUKMAN BIN ABDUL GANI | D20231108582 |
RAISELY ANAK ROJOS | D20231108586 |
MARK MOSES MARCELLUS | D20231108556 |
MUHAMMAD NABIL BIN MOHD NAZRI | D20231108609 |
AHMAN NIQ EQMAL BIN OZMANN NIQZEIARD | D20231108544 |
NAMA PENSYARAH : DR.MUHAMMAD IHSAN BIN ROKEMAN
UNIT 4.1 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FBK)
4.1.1 Penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(Akta Pendidikan 1996)
4.1.2 Model Konseptual Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ØPotensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu pada diri manusia. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh perkara yang berikut :
· Berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
· Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
· Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu.
· Mempunyai Kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul)
2) Rohani
ØPotensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan Tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut :
· Membentuk akhlak yang mulia.
· Memupuk dan membina disiplin diri.
· Menyedari dan menginsafi tanggungjawab.
· Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan.
· Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan yang mencipta.
3) Emosi
ØEmosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi beri penekanan keranan emosi mempengaruhi seseorang dalam bertingkahlaku dan bertindak. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut :
· Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal.
· Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
· Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
· Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
4) Jasmani
ØPotensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti berikut :
· Melakukan riadah.
· Menjaga kesihatan badan.
· Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
· Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari.
· Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari.
· Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan semua.
· Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif.
5) Ilmu pengetahuan dan akhlak mulia
Ø Rakyat Malaysia yang berilmu mempunyai ciri-ciri :
· Gemar membaca.
· Berfikiran luas dan terbuka.
· Mencintai ilmu dan pengetahuan.
· Sentiasa menambah ilmu dan pengetahuan.
· Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
· Meningkatkan dan menyebarkan ilmu dan pengetahuan.
6) Tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat
Ø Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab :
· Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran.
· Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
· Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah.
· Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
· Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
· Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna.
· Pendidikan sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan makmur.
· Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat menghormati.
7) Insan seimbang dan harmonis
ØKeseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Sebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan pembangunnan insan hendaklah seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis, seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.
UNIT 4.2 : ELEMEN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
4.2.1 Elemen Potensi
|
Elemen |
Penjelasan |
|
Intelek |
§ Ilmu yang bermanfaat. § Daya pemikiran yang logic dan analitik. § Daya pemikiran yang kreatif dan
inovatif. § Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada
kebenaran. |
|
Rohani |
§ Kemantapan jiwa. § Keyakinan kepada Tuhan § Kepercayaan & kepatuhan kepada
agama. § Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat. |
|
Emosi |
§ Memupuk kasih saying. § Memiliki semangat kekitaan dan
perpaduan. § Menekankan tentang perasaan dan tingkah
laku terkawal. |
|
Jasmani |
§ Berkaitan dengan kecergasan fizikal
diri manusia. § Jasmani merupakan keupayaan psikomotor
yang dimiliki oleh seseorang. |
|
Proses |
Penjelasan |
|
Menyeluruh |
§ Bakat, potensi, kebolehan tidak boleh
dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan
bagi menggelakkan pertentangan antara satu sama lain. |
|
Bersepadu |
§ Peningkatan dan perkembangan merangkumi
empat aspek iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelek. |
|
Seimbang |
§ Individu mestilah mempunyai ilmu,
sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan, serta mempunyai akhlak yang terpuji. |
|
Harmoni |
§ Keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani,
emosi dan jasmani perlu diseimbangkan. § Mampu menghadapi pelbagai cabaran dan
menyelesaikan masalah. |
·Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima pendidikan asas semasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur agar memahami dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak terus belajar untuk berkomunikasi melalui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak.
ii) Peringkat sekolah
·Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan empat peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, penekanan adalah terhadap aspek-aspek berikut:
§ Pemilihan kerjaya.
§ Penyesuaian hidup.
§ Pembentukan jati diri.
§ Perkembangan sosial.
§ Mengeratkan perpaduan.
§ Pemupukan nasionalisme.
§ Perkembangan bakat dan potensi.
§ Penghayatan agama dan nilai murni.
§ Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
iii) Peringkat lepas sekolah
·Pada peringkat lepas sekolah, pendidikan terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke instistusi pengajian tinggi, di tempat kerja mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara pembelajaran kendiri sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada peringkat lepas sekolah, penekanan :
§ Penyesuaian hidup.
§ Perkembangan bakat dan potensi.
§ Penghayatan agamam dan nilai murni.
§ Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
4.3.2 Kriteria & Bentuk Pendidikan Berterusan.
|
Kriteria |
Bentuk
Pendidikan |
||
|
Pendidikan
Formal |
Pendidikan
Informal |
Pendidikan
Nonformal |
|
|
Reka
bentuk |
Perkembangan
ilmu, & Kemahiran, jangka masa lama. |
Bina Kemahiran untuk
kehidupan, jangka masa berterusan |
Perkembangan Kemahiran,
jangka masa pendek |
|
Pengajaran |
Guru terlatih |
Keluarga dan masyarakat |
Ahli Masyarakat yang pakar |
|
Pembelajaran |
Seragam,
berjadual, teks |
Tiada berjadual |
Berjadual |
|
Institusi |
Rasmi, bangunan, kelas dan sekolah |
Tidak rasmi seperti rumah dan masyarakat |
Rasmi dan tidak rasmi: Kerajaan dan
swasta |
|
Kurikulum |
Rasmi dan
kebangsaan |
Tidak rasmi |
Tidak rasmi |
|
Penilaian |
Rasmi dan kebangsaan |
Tiada penilaian |
Tiada penilaian |
|
Pengiktirafan |
Perjawatan
seperti sijil, diploma, ijazah |
Tiada
pengiktirafan |
Sijil penyertaan |
|
Organisasi |
Prasekolah, sekolah rendah, sekolah |
Tiada organisasi |
Kerajaan, Swasta, NGO |
UNIT 4.4 : PELAKSAAN PENDIDIKAN MENURUT FPK
1) Pendidikan adalah satu usaha berterusan
Ø Usaha berterusan oleh pelbagai pihak:
· Pemilihan kerjaya.
· Penyesuaian hidup.
· Pembentukan jati diri.
· Perkembangan sosial.
· Mengeratkan perpaduan.
· Pemupukan nasionalisme.
· Perkembangan bakat dan potensi.
· Penghayatan agama dan nilai murni.
· Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
2) Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi
ØPotensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan mengembangkan potensi setiap murid sehingga mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah disebaliknya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu dilihat dari empat aspek kecerdasan iaitu intelek (IQ), rohani (SQ), emosi (EQ) dan jasmani (PQ).
3) Mendidik secara menyeluruh dan bersepadu
ØPerkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan. Kesemua elemen tersebut diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya. Oleh itu, perkembangan keempat-empatnya hendaklah dihubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembang antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan.
4) Membangunkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid
ØPerkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh perkara yang berikut :
· Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul).
· Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu.
· Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
· Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif.
ØPotensi Rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang
melibatkan hubungan seseorang dengan Tuhan. Keteguhan Rohani adalah penting
bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan Insaf kepada Pencipta. Oleh itu,
unsur Rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut :
· Menyedari
dan menginsafi adanya Tuhan yang mencipta.
· Menghargai
dan mensyukuri pemberian Tuhan.
· Menyedari dan
menginsafi tanggungjawab.
· Memupuk dan
membina disiplin kendiri.
· Membentuk
akhlak mulia.
ØPotensi emosi mempengaruhi seseorang dalam bertingkahlaku
dan bertindak. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang
berikut :
· Perasaan
tenang dan tingkahlaku terkawal.
· Memiliki
semangat kekitaan dan perpaduan.
· Memiliki
dan memupuk perasaan kasih sayang.
· Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
ØPotensi jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu
berkeupayaan seperti yang berikut :
· Melakukan
riadah.
· Menjaga Kesihatan
badan.
· Berusaha
meningkatkan daya pengeluaran.
· Menggunakan
tenaga fizikal untuk berdikari.
· Memanfaatkan
tenaga fizikal untuk berdikari.
· Menggunakan
tenaga fizikal bagi kepentingan semua.
· Mengembangkan bakat dan Kemahiran teknikal dan manipulatif.
5) Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis
ØKeseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin.
ØSebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan Pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis. Seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.
6) Berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
ØKepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip-prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, kepercayaan & kepatuhan :
· Mengakui
wujudnya Pencipta.
· Mengikuti
dan mengamalkan ajaran agama.
· Melakukan
kebaikan dan alam dijadikan oleh Pencipta.
· Mengakui
manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta.
· Meningkatkan
dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
· Menyedari
bahawa manusia dan alam dijadikan untuk memakmurkan alam.
· Menyedari
bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya.
· Mengetahui
bahawa fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan pencipta.
ØSetiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbirkan alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa bencana dan malapetaka yang boleh menganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.
UNIT 4.5 : MATLAMAT PENDIDIKAN YANG DIHASRATKAN FPK
4.5.1 Matlamat Intrinsik
4.5.1 Matlamat Ekstrinsik ( Sumbangan setiap warganegara )
1) Warganegara Malaysia Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga.
ØIndividu yang terdidik dengan sifat dan perwatakan yang unggul sudah pasti berkemampuan untuk membina keluarga yang gembira, bahagia, harmoni dan makmur. Keluarga seperti ini pastinya sihat dari segi mental, fizikal, emosional dan sosial. Secara keseluruhannya keluarga ini dirahmati oleh Tuhan. Dalam hal ini, pendidikan yang berkesan dapat melahirkan individu (murid) yang baik. Individu yang baik akan membantu mentransformasi keluarganya menjadi lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial mahupun mobiliti ekonomi. Jika individu itu membentuk keluarga, diyakini beliau mampu menjadikan keluarganya makmur dan sejahtera.
2) Warganegara Malaysia Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat
ØPendidikan sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan makmur. Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat menghormati.
3) Warganegara Malaysia Memberi Sumbangan Terhadap Kehormanian dan Kemakmuran Negara
ØPerpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dengan adanya perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman damai, tenteram dan harmoni. Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh masyarakat. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah berasaskan kepada keluarga yang harmoni dan makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur dapat menjamin perkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar menjadi modal insan yang reproduktif dan inovatif. Kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan teknologi juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan seterusnya memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut :
- Mengekalkan kestabilan negara
- Memupuk keharmonian keluarga
- Bersemangat patriotik dan cintakan negara.
- Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara
- Mematuhi, mengakal, dan mempertahankan perlembagaan.
- Memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
- Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati unuk perpaduan.
i) Komponen Ketuhanan
Ø Umum mengetahui tugas sebagai seorang guru adalah sangat mulia kerana guru memikul amanah kerjaya sebagai pendidik dan dengan itu tugas tersebut perlu dilaksanakan. Profesi seorang guru perlulah dijadikan sebagai ibadah yang memberikan rezeki kepada kehidupan. Guru juga perlu mendedikasikan segala usahanya untuk memberikan didikan yang terbaik dan sempurna seperti yang diamanahkan agar dapat membentuk akhlak murid-murid yang menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
ii) Komponen professional
Ø Berdasarkan komponen ini, seorang guru perlu tahu apa yang mesti dilakukan dalam menjalankan tugasnya agar pelajarnya menjadi insan yang berjaya dan dapat memberikan ilmu kepada orang lain. Oleh itu, seorang guru perlu mempunyai dan menerapkan dalam sifat rendah diri serta sikap ingin tahu yang tinggi agar dapat mendalami ilmu dan tahu akan perubahan semasa dan bijak untuk mencari jalan penyelesaian.
iii) Komponen Pengajaran
Ø Komponen ini menjelaskan bahawa pengajaran seorang guru itu perlu melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai saling bergabung untuk melahirkan murid cemerlang. Oleh itu, perkara utama yang guru perlu kuasai ialah pemantapan kemahiran mengajar, komunikasi, menterjemah, dan pengendalian teknologi. Manakala pengetahuan secara mendalam, meluas, dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus dan am, kurikulum, murid, konteks dan matlamat pendidikan adalah penting.
iv) Komponen Perunding
Ø Seorang guru merupakan pemimpin, pembimbing, dan pendorong bagi memastikan tiada keciciran atau tiada pelajar yang tertinggal di belakang. Guru juga menjadi perunding secara langsung yang cekap sesama manusia (murid, ibu bapa, rakan sejawat, dan pihak atasan yang lain. Oleh itu, guru yang juga sebagai perunding perlulah memastikan tidak ada halangan dan gangguan semasa proses pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) bagi menjamin kejayaan murid.
v) Komponen Penyelidikan
Ø Guru perlu sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap profesinalismenya. Penyelidikan merupakan satu kaedah amalan yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang timbul dan menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
RUMUSAN
Ø Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pernyataan yang mengandungi perkara-perkara yang mesti menjadi panduan dan rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat pendidikan Malaysia. Secara tersurat Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi 2 ayat dan 69 patah perkataan tentang proses dan matlamat pendidikan yang dihasratkan. Pernyataan di dalam ayat pertama menjelmakan bentuk dan proses pendidikan tersebut dalam membina rupa wajah rakyat Malaysia iaitu rakyat yang mempunyai ciri-ciri k-workers, e-workers dan c-workers. Selain itu, yang mempunyai nilai-nilai rakyat Malaysia yang sedia menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, keberhasilan tersebut bergantung kepada sejauhman guru-guru sebagai pelaksana dapat memahami dan menterjemahkan hasrat tersebut menerusi peranan yang mesti ditunaikan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan